INOVASI PEMBELAJARAN MELALUI BLENDED LEARNING
Secara etimologi, istilah Blended Learning ini terdiri dari dua perkataan iaitu blend dan learn. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4, blend bermaksud campuran, mengadun atau kombinasi manakala learn pula membawa maksud belajar. Dari kedua-dua istilah tersebut dapat di[[fahami bahawa konsep blended learning ini merupakan pola pembelajaran yang mengandungi unsur percampuran atau penggabungan antara satu pola dengan pola pembelajaran yang lain. Blended learning adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan kaedah konvesional iaitu secara bersemuka dan juga menggunakan pembelajaran maya melalui dalam talian di mana sahaja pada masa terluang dan boleh dirujuk pada bila-bila masa.
Menurut Mosa al et. (2011), percampuran pola pembelajaran antara dua unsur utama di dalam blended learning itu adalah melalui pembelajaran di dalam kelas dan pembelajaran atas talian. Dalam pembelajaran atas talian terdapat pembelajaran yang menggunakan jaringan internet yang di dalamnya ada pembelajaran berasaskan web. Martin & Keith (2005) pula mendefinisikan blended learning sebagai penggabungan atau percampuran teknologi berasaskan web untuk mencapai matlamat pendidikan dan juga menggabungkan sebarang bentuk teknologi pengajaran melalui latihan bersemuka (face- to- face) diterajui pengajar.
Manakala menurut Rooney (2003), blended learning merupakan satu konsep pembelajaran hybrid iaitu dengan mengintegrasikan elemen-elemen e-pembelajaran dalam kelas tradisional. Terdapat ahli penyelidik lain memberi pendapat lebih luas berkenaan blended learning ini seperti Whitelock & Jefts (2003) menyatakan blended learning merupakan satu gabungan bersepadu pembelajaran tradisional (face-to-face) dengan pendekatan web dalam talian, gabungan media dan alat-alat yang digunakan dalam persekitaran e-pembelajaran dan juga gabungan beberapa pendekatan pedagogi tanpa mengira pembelajaran penggunaan teknologi.
Rajah 1:
Comments
Post a Comment