BILIK DARJAH MAYA

Bilk darjah maya membolehkan tenaga pengajar dan pelajar berada di tempat yang berbeza pada masa yang sama. Menurut Woodall (2010), guru dapat mengurus masa akses mengikut keadaan yang sesuai melalui virtual meeting tool. Perbincangan topik yang sama seperti dalam bilik darjah boleh berlaku kecuali yang melibatkan perbincangan yang lebih mendalam seperti percanggahan idea.

Kelebihan menggunakan bilik darjah maya ialah ia fleksibel dan boleh diakses dari mana-mana dan pada bila-bila masa apabila terdapat komputer dan talian internet. Selain itu bahan dapat diakses semula pada bila-bila masa jika terlupa. Manakala antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah keperluan talian internet dan komputer untuk mengakses. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran literasi komputer untuk mengendalikan proses pembelajaran. Selain itu, soft skills tidak boleh diajar melalui pembelajaran maya seperti kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi.


Comments

Popular Posts