IMPAK-IMPAK SERTA KEBAIKAN DAN KELEMAHAN M-LEARNING
Pembelajaran menggunakan m-learning telah terbukti keberkesanannya
di luar Negara. Malah ada juga pengajian tinggi di Malaysia yang telah bermula mengaplikasikan m-learning ini dalam kurikulum pengajaran. Kemudahan m-learning yang dapat digunakan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada
sesuatu kawasan adalah merupakan antara kelebihan m-learning berbanding dengan
pembelajaran yang lain. Kebaikan pembelajaran secara m-learning adalah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Lambakan gajet yang canggih seperti PDA, telefon mudah alih, komputer riba dan sebagainya telah membantu dalam menggunakan mengaplikasikan
m-learning dalam pembelajaran. Harga alat mudah alih lebih murah berbanding
dengan PC Destop. Kini dengan harga serendah kurang dari lima ratus ringgit, pengguna sudah mampu untuk memiliki telefon pintar. Saiz dan ukuran alat mudah alih yang lebih ringan dan kecil membuatkan ia mudah untuk dibawa ke
mana-mana sahaja. Selain itu pelajar dapat menjimatkan masa dan kos untuk membeli alat
tulis. M-learning adalah lebih menjimatkan masa dan kos berbanding ujian yang
dilaksanakan secara kertas dan pen. M-learning memudahkan pelajar untuk memuat
turun nota pada bila-bila masa sama ada berada di dalam bas, semasa berada di
restoran atau kafe, di pusat membeli belah ataupun di mana-mana sahaja. Norliza, (2013) menyatakan bahawa perkongsian nota antara para pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti
PDA dan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Setiap kebaikan ada
kelemahannya. Begitu juga dengan m-learning.
Antara kelemahannya adalah terhad
terhadap had kapasiti bagi alatan mudah alih seperti PDA , telefon mudah alih
dan sebagainya. Malah, kelemahannya muncul apabila
berlaku masalah rangkaian jalur lebar. Keupayaan jalur lebar mungkin akan
berkurang disebabkan oleh pengguna yang semakin bertambah. Selain itu, alat mudah alih seperti PDA dan telefon mudah
alih adalah tidak tahan lama berbanding komputer peribadi. Jangka hayat bateri
bagi sesuatu telefon mudah alih adalah lebih pendek dan perlu sering dicaj.
Comments
Post a Comment