M-LEARNING



Kini alat-alat elektronik seperti telefon mudah alih, komputer riba, palm talk mahupun i-pod mampu dimiliki oleh kebanyakan pelajar. Bagi mereka, ia sudah menjadi suatu keperluan. Parsons (2011) mengaitkan bahawa m-learning adalah sebahagian daripada e-pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh. Sekiranya m-learning dikaitkan dengan internet dan tanpa wayar, ianya tidak jauh berbeza dengan konsep asal e-learning. Hal ini membolehkan pembelajaran berlaku di mana sahaja pelajar itu berada dan bila-bila masa sahaja atau tidak terhad dalam tempat dan masa serta merupakan satu kelebihan yang ada pada m-learning (Rossyahida dan Hisyam, 2011). Secara ringkasnya, ia adalah pembelajaran atau latihan yang bukan semata-mata dalam kelas tetapi juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan menggunakan peralatan teknologi mudah alih. Konsep m-learning telah diterangkan secara jelas oleh Brown (2005). Menurut beliau, m-learning adalah subset kepada e-pembelajaran. E-pembelajaran 133 ialah konsep makro yang melibatkan persekitaran pembelajaran dalam talian dan mobile learning. Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan secara jelas perhubungan antara e-learning dengan m-learning. M-learning ialah subset kepada e-pembelajaran dan e-pembelajaran pula ialah subset kepada pembelajaran jarak jauh. Sementara pembelajaran jarak jauh pula menjadi subset kepada pembelajaran fleksibel.

Comments

Popular Posts