PERALATAN M-LEARNING


     
Beberapa definisi berkenaan m-learning sering dikaitkan dengan penggunaan teknologi mudah alih seperti PDA (Personal Data Assistant), telefon bimbit, telefon pintar, komputer riba dan sebagainya. Peralatan-peralatan mudah alih ini menjadikan m-pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat berbanding dengan penggunaan buku nota yang mudah rosak dan tidak bertahan lama. Alat-alat ini merupakan barangan teknologi yang mudah untuk dibawa ke mana-mana. Telefon bimbit telah berjaya menarik minat golongan muda dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat komunikasi. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Durdyyev (2012) membangunkan perisian untuk melaksanakan pengajaran matematik khususnya untuk telefon pintar yang menggunakan OS (Operating System) Android. Kejayaan pembangunan aplikasi ini telah mendapat respon yang positif daripada sampel kajian dan mereka sangat berpuas hati dengan sistem yang dibangunkan. Pelajar dan pensyarah berpeluang untuk merancang dan mengubah kaedah pembelajaran kepada yang lebih luas dengan adanya peranti mudah alih . Peralatan mudah alih ini sudah menjadi satu keperluan bagi golongan remaja. Maka, m-learning ini akan mudah dilaksanakan. Dalam bahagian yang seterusnya, akan kami jelaskan peralatan mudah alih yang digunakan semasa menggunakan m-learning. 

     Bantuan Digital Peribadi atau dikenali sebagai PDA merupakan sebuah alat elektronik yang berdasarkan komputer. PDA ini bersaiz kecil dan dapat dibawa ke mana-mana sahaja. Pengguna bebas untuk menulis di atas skrin dengan jari tangan dan alat tersebut akan menterjemahkan penulisan ke dalam fail komputer. PDA berkebolehan menyimpan dan mencapai semula maklumat peribadi, perniagaan serta pengkomputeran peribadi. Secara ringkasnya, PDA lebih kurang sama fungsinya dengan komputer.  

     Telefon pintar adalah telefon mudah alih yang dibina atas sistem operasi mudah alih dengan keupayaan pengkomputeran yang lebih maju. Banyak telefon pintar moden yang mempunyai resolusi tinggi, touchscreens dan pelayar web yang memaparkan laman web standard serta laman web mudah alih yang dioptimumkan. Malah telefon pintar mampu mengakses data yang disediakan oleh Wi-Fi dan Jalur Lebar Mudah Alih dengan kelajuan yang tinggi. Telefon pintar merupakan gabungan telefon bimbit dan PDA. Telefon pintar juga dilengkapi dengan cip mikropemproses dan ruang ingatan seperti RAM (Random Access Memory). Telefon ini telah menggunakan perisian Symbian, Mobile Windows dan lain-lain perisian mudah alih. Telefon pintar juga dilengkapi dengan fungsi akses internet dan mampu menyokong aplikasi multimedia .  

     Komputer riba merupakan salah satu kompenan penting dalam pembelajaran mudah alih. Terdapat pelbagai jenis model daripada beberapa pengeluar komputer riba. Antaranya model Acer, Asus, Compaq, Apple dan banyak lagi. Komputer riba ini bersaiz kecil berbanding komputer dan dapat dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah. Konfigurasi bagi setiap model harus dikenal pasti terlebih dahulu kerana konfigurasi berubah pada setiap masa. Komputer riba juga menyokong teknologi tanpa wayar .



Comments

Popular Posts