TEKNOLOGI DALAM KELAS PADA ABAD KE 21
Penggunaan alat-alat elektronik dalam bilik darjah semakin meningkat sejak beberapa tahun yang lalu. Alat teknologi yang paling popular dalam bilik darjah ialah komputer riba kecil dan tablet. iPad
dan tablet lain telah digunakan oleh banyak sekolah kerana fungsi skrin sentuh dan juga fungsi yang lain. Aplikasi tablet telah mewujudkan sesi pembelajaran
yang menyeronokkan kepada pelajar muda serta memberikan banyak kegunaan yang baru
kepada pelajar kurang upaya.
Sila klik alamat ini untuk membaca berita tentang "Tablet dilengkapi perisian Tutor ringankan beban guru abad ke-21" : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tablet-dilengkapi-perisian-i-tutor-i-ringankan-8232-beban-guru-abad-ke-21-1.368272
Sila klik alamat ini untuk membaca berita tentang "Tablet dilengkapi perisian Tutor ringankan beban guru abad ke-21" : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tablet-dilengkapi-perisian-i-tutor-i-ringankan-8232-beban-guru-abad-ke-21-1.368272
Guru yang celik teknologi juga telah bermula untuk menggunakan Smart Board dalam kelas sejak kebelakangan ini. Papan putih komputer ini disambungkan dengan projektor dan pen pengesan khusus untuk membenarkan penulisan menggunakan program-program computer seperti PowerPoint sekali gus merekodkan segala nota yang ditulis dalamnya. Guru boleh menerangkan sesuatu konsep pada papan tersebut semasa kelas dan menyimpan rancangan pengajaran tersebut supaya pelajar dapat
mengulang kaji di rumah. Smart Board merupakan alat yang amat berguna bagi pelajar yang terdiri daripada setiap peringkat umur.
Demo penggunaan Smart Board:
http://www.smartclass2u.com.my/demo.php
Demo penggunaan Smart Board:
http://www.smartclass2u.com.my/demo.php
Comments
Post a Comment